Sunday, 2 June 2013

Wajah-wajah Yang Dilupakan


 

Setiap kali membuka mata, aku masih lagi diberi kesempatan untuk mengharungi kehidupan ini. Ampunkan aku YA RABB, kerana sering lupa untuk mengucapkannya.

Menatap kembali wajah-wajah yang dilupakan ini, aku bersyukur kerana aku telah berada sejauh ini dan masih lagi berdiri di sini. Bagaimanakah yang lain?

Belajar Untuk Melepaskan

" Melihat ke hujung ufuk yang seperti tiada penghujung,
menyaksikan keindahan mentari melabuhkan sinar,
sebelum yang tinggal,
hanyalah kegelapan "
 
 
 
Pernahkan kita membuka mata kita selama yang boleh, melihat keindahan mentari terbenam, tanpa kita sedari perlahan-lahan kegelapan akan menutupi segala keindahan itu?
 

Sunday, 19 May 2013

Bagi Yang Mahu Berfikir

"Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?
Yaasin :62
 
 
Di dalam Al Quran, terdapat banyak ayat-ayat yang menyuruh manusia supaya berfikir, menggunakan akal fikiran, tetapi agak menghairankan terdapat ramai golongan yang menggangap mereka bijak pandai, tetapi gagal untuk berfikir.
 

Mengadu Kepada Penyamun

Ihsan Zunar

Setelah 55 tahun ditipu, dirompak, dinafikan hak, difitnah, dibodohkan, ditutupkan mulut dan berbagai perbuatan lagi yang mampu membuatkan orang-orang berakal pun akan kehilangan akal, kita masih lagi percaya penyamun akan menolong kita? Hah!!! meminjam kata Hismahuddin Rais, seperti "Mencurah garam ke laut"

Monday, 29 April 2013

Apa Pilihan Kita?

 

Siapa yang kita pilih adalah merupakan rahsia. Kita boleh memilih Roket, Bulan, Mata, Bunga, Gajah, tapi yang satu ini, bukanlah pilihan aku. Aku akan beritahu kenapa.

Di mana Kita Berdiri

 

Di dalam hidup kedua selepas nafas kita terhenti, kita mesti memilih hidup bgagimanakah yang kita mahukan, dan kita akan kekal di situ selama-lamanya. Pilihan untuk berada di tengah-tengah, bukanlah satu pilihan.

Apa Yang Kita Inginkan



Setiap kali aku memancing, aku sering terpesona dengan jeram-jeram yang berliku-liku yang seperti tidak ada penghujung nya. Aku akan meredahnya dari satu tempat yang aku rasakan dihuni oleh ikan, ke satu lubuk yang lain.

Merobohkan Tembok Itu


Kampung Raja, Pagoh dahulunya merupakan black area di era komunis. Tidak jauh dari rumah aku tersergam menara kawalan setinggi banggunan 3 tingkat yang di gunakan ketika darurat dahulu.

Thursday, 25 April 2013

Seni Menggunakan Akal

Ramai yang bertanya tentang kegairahan aku dengan  flyfishing. Bukankah ada cara lain yang lebih berkesan untuk menangkap ikan?

Wednesday, 24 April 2013

Aku Ingin Muntah


"Kita berazam bahawa kita sudah mempelajari dari kesilapan kita.
Kita beri perakuan , akujanji kepada rakyat
bahawa akan datang kita akan laksanakan perkhidmatan
yang cukup baik kepada rakyat. " 





Monday, 22 April 2013

Segala-galanya Pilihan

Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut, serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang menggembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu -
 
Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama) mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah pertunjuk oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna
 
Az-Zumar : 17-18
 
Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan penganalisa komputer, ada kalanya aku menganggap hidupi ni seperti rangkaian what, if, then, satatement  dalam sesebuah program.

Sunday, 21 April 2013

Thursday, 18 April 2013

Kelapa Tua




Rumah aku di kampung dahulunya berada di dalam asalnya kebun kelapa. Kalau kita lihat kebanyakan pokok-pokok kelapa dahulu adalah tinggi-tinggi semuanya.

Kita Cuma Berdiri Dan Melihat

 Years from now they're gonna ask us, 'where were you when they took over the planet?' And we're gonna say, 'we just stood by and watched.'
 - Agent Simmons -
Transformers 3 - Dark Of The Moon
 
 

Ketika Tangan Dan Kaki Berkata

Akan datang hari
Mulut dikunci
Kata tak ada lagi
 

Tuesday, 16 April 2013

Kita Sebenarnya Tak Ambil Peduli

First they came for the communists,
and I didn't speak out because I wasn't a communist.

Then they came for the socialists,
and I didn't speak out because I wasn't a socialist.

Then they came for the trade unionists,
and I didn't speak out because I wasn't a trade unionist.

Then they came for me,
and there was no one left to speak for me.
- Martin Niemuller -
 
 
Berapa ramaikah yang sanggup memperjuangkan sesuatu, walaupun mereka tahu, apa yang mereka perjuangkan langsung tidak ada kena mengena dengan mereka?

Ini Undang-undang Sangat Bagus...

Aku masih ingat masa di kampung dulu. di sebabkan cuma ada saluran 1 dan 2 sahaja rancangan TV, kami akan selalu menumpang melihat siaran TV Singapura di rumah cina dekat-dekat denagn rumah aku. Orang-orang cina akan menggunakan antena dan boster yang tinggi untuk membolehkan mendapat siaran TV Singapura. Kami akan selalu melihat "Stempede Wresting". Itu zaman gusti menjadi kegilaan. Kemudaia barulah datang WWF.

Our Town

Main street isn't main street anymore
No one seems to need us like they did before
It's hard to find a reason left to stay
But it's our town
Love it anyway
Come what may, it's our town.
 
 



Setiap kali aku mendengar lagu "Our Town" nyanyian James Taylor ini, aku pasti tidak dapat menahan kesedihan. Mengingati pekan yang banyak sekali meninggalkan kenangan buat aku.

Ditipu Bertahun-tahun

Sudah bertahun-tahun Pak Berahim dan Pak Hasan berbelanja di koperasi milik syarikat Keris Bersilang di kampungnya. Di situlah tempat mereka bergantung harap selama ini. Tidak ada lagi yang lain, selain Keris Bersilang ini. Hidup mati mereka memang di situ, selamanya.

Apa Bezanya Dengan Mereka?

Siapakah yang lebih baik antara kita?

Monday, 15 April 2013

Tentang Kebenaran

 
Setiap yang benar,
Betapa ditekan, tetap menjalar,
Tanpa dibaja, kan tetap mekar,
Tanpa udara pun. kan tetap segar
- A Samad Said -
 
Sajak ini pertama kali aku dengar 25 tahun lalu ketika Pak Samad mendeklamasikannya di Dewan Bahasa yang membawa minat aku kepada puisi, walaupun selepas itu aku tak meneruskan minat ke arah itu. Tapi jauh di sudut hati, aku rasa aku masih lagi mempunyai "jiwa" itu.

Thursday, 11 April 2013

Pemisah Antara Rasa Yang Sebenar




Pemisah antara rasa yang sebenar tidak ada yang lain, melainkan ....

Keluar Dari Kepompong

Kali terakhir aku meghadiri temuduga, CEO syarikat yang menemuduga aku meyuarakan kerisaunnya disebabkan aku selalu sangat bertukar kerja. Memang aku akui hampir tidak dapat meingati berapa syarikat yang aku pernah bekerja. Aku terpaksa menyusun semula resume aku supaya tidak kelihatan terlalu banyak. Aku tak salahkan CEO syarikat itu, tapi aku rasa dia tidak melihat dari sudut yang lain.

Melihat Dari Sudut Yang Lain

 
Keating: Why do I stand up here (Keating stands on his desk) ? Anybody?
Dalton: To feel taller!
Keating: No!
Keating: Thank you for playing Mr. Dalton. I stand upon my desk to remind myself that we must constantly look at things in a different way.
 
 


Ada Apa Dengan Fly Fishing?


Kredit untuk Zango
 

Membesar dengan siri television The Walton, Little House on The Praire, Andy Grifith Show banyak mendedahkan aku dengan fly fishing. Mungkin terlalu banyak persamaan dengan cara yang aku gunakan di zaman kanak-kanak dan remaja.

Wednesday, 10 April 2013

Aku Tidak Dibelengu Lagi


Kalaulah ada satu-satunya penyesalan dalam hidup aku ialah, aku tak begitu kenal arwah abah, dan tak cuba untuk mengenali dia semasa hayat dia. Yang aku tahu abah seorang yang tegas dan garang, dan tak banyak yang aku tahu tentang abah. Tetapi semasa abah mendapat jemputan khas sempena sambutan kemerdekaan sebagai salah seorang yang tercatat namanya sebagai penentang Malayan_Union, itulah masa aku paling bangga dengan abah.

Sebermula...




Walaupun sungai Pagoh bukanlah lagi seperti sungai yang sepatutnya, tapi ianya masih lagi ada tempat yang istimewa dalam hati aku. Walupun mengingatkannya akan menambahkan rasa sakit hati.  Sakit hati memikirkan tentang kebodohan sesetengah manusia yang akan memberi kesan bertahun-tahun mendatang.

Tuesday, 9 April 2013

Akan Ada Sinar...

Gelap. Terlalu banyak sebab untuk aku merasa berada dalam kegelapan. Ketika aku merangka blog ini, perasaan ini lah yang ada dalam hati aku. Oleh itu latar belakang blog ini amat sesuai sekali. Tapi aku yakin pasti nanti akan ada sinar....