Setiap yang benar,
Betapa ditekan, tetap menjalar,
Tanpa dibaja,
kan tetap mekar,
Tanpa udara pun.
kan tetap segar
- A Samad Said -
Sajak ini pertama kali aku dengar 25 tahun lalu ketika Pak Samad mendeklamasikannya di Dewan Bahasa yang membawa minat aku kepada puisi, walaupun selepas itu aku tak meneruskan minat ke arah itu. Tapi jauh di sudut hati, aku rasa aku masih lagi mempunyai "jiwa" itu.
Satu yang agak ringkas yang memberi gambaran akan kebenaran itu sendiri. Bagi aku, puisi Pak Samad ini, merupakan tiada yang benar, melainkan yang benar belaka. Tapi bagaimana prosess untuk membawa hati manusia menerima dan membenarkannya?
Satu yang agak ringkas yang memberi gambaran akan kebenaran itu sendiri. Bagi aku, puisi Pak Samad ini, merupakan tiada yang benar, melainkan yang benar belaka. Tapi bagaimana prosess untuk membawa hati manusia menerima dan membenarkannya?
Kadang-kadang kalau aku berkesempatan, kononnya aku cuba mencari masa, tapi mungkin ada sahaja alasan untuk menidakkanya, menghadiri Majlis Taklim Habib Ali Zainal Abidin dari Darul Murtadza. Kuliah tafsirnya memang sentiasa menyegarkan. Aku cuba untuk tidak menceritakkan terlalu khusus, oleh kerana, aku rasa sangat kerdil untuk aku bercakap mengenainya.
Beliau menceritakan bagaimana ayat-ayat Al Quran mempunyai jenis ayat-ayat Muhkam, iaitu yang jelas, yang wajib diikuti kerana ianya sangat jelas, tanpa sebarang keraguan, dengan bahasa yang sangat mudah difahami.
Ada juga ayat-ayat Mutasyabihat yang agak samar-samar. Kita juga wajib percaya tanpa sebarang keraguan, walaupun agak sukar difahami.
Ayat-ayat Mutasyabihat inilah yang yang menjadi pokok tentang kebenaran ini, bahawa kita tidak akan menemuinya tanpa mencarinya, iaitu dengan ilmu pengetahuan. Hanya sesiapa yang arif tentangnya yang, yang benar-benar mempelajarinya dapat memberikan jawapannya. Sesetengah golongan akan menggunakan ayat-ayat ini untuk membenarkan apa yang dapat memberi mereka kepentingan, walaupun mereka tahu iany tidak benar sama sekali, dan inilah golongan-golongan yang kita harus tidak termasuk ke dalamnya.
Dr. Gary Miller seorang ahli matematik Canada yang memeluk Islam setelah mengkaji Al Quran di dalam syarahannya berjudul Intellectual Reflections on Islam and the Qur'an, menceritakan bagaimana ayat-ayat Allah banyak merupakan cabaran kepada sesiapa yang ingin mencari kebenaran. Ada sesetengah kebenaran baru muncul walaupun ianya telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW lebih 1400 tahun lalu. Tidak hairanlah ramai bijak pandai bukan Islam, menerima hidayahNYA selepas mengkaji Al Quran.
Kebenaran itu tidak datang sendiri. Ianya harus di cari dan process pencarian ini tidak mudah. Ia akan datang kepada sesiapa yang benar-benar berusaha mencarinya sampai ke hujungnya. jangan sesekali berhenti setelah puas membuat perbandingan yang secukupnya. Setelah itu barulah kita boleh membenarkan sajak Pak Samad dan meletakkannya di tempat yang sepatutnya.
No comments:
Post a Comment