Thursday, 18 April 2013

Kelapa Tua




Rumah aku di kampung dahulunya berada di dalam asalnya kebun kelapa. Kalau kita lihat kebanyakan pokok-pokok kelapa dahulu adalah tinggi-tinggi semuanya.

Setiap kali nak memetiknya, terpaksa mengupah orang untunt memanjatnya. Kalau tidak terpaksa menunggu ia jatuh sendiri. Tapi sekarang sudah tidak ada walau sebatang pun yang tinggal.

Hukum alam, setiap yang ada pasti akan hilang, tidak ada apa yang tinggal.

Seperti buah kelapa, bagaimana tinggi pun dia berada, akhirnya bila tua dia akan gugur sendiri.
walaupun aku gagal dalam mata pelajaran Fizik semasa SPM dahulu, tapi aku sangat pasti tentang hukum Fizik ini, lagi tinggi seseuatu berada, lagi keras ia akan jatuh.

Lebih baik kita petik, sebelum jatuh dan mencederakan kita.

No comments:

Post a Comment