Monday, 6 May 2013

Jiwa Merdeka

"Dari runtuhan Kota Melaka,
kita dirikan jiwa merdeka.."
 
- Burhanuddin Al-Helmi 1946 -
 
Bila abah ditanya, di mana abah bila negara ini dijajah, aku rasa abah dengan bangganya akan berkata, abah ada si sana dan keratan akhbarnya akan berkata-kata.
 
Bila nanti anak-anak aku berada di dalam sebuah dunia yang penuh dengan tidakkeadilan dan tertanya-tanya apakah yang telah aku buat, dan menganggap aku tidak berbuat apa-apa, aku akan berkata, tunggu dulu. Aku mungkin tiada keratan akhbar untuk ditunjukkan. Aku hanya manusia kecil, tapi kita tidak perlu menjadi orang besar untuk menjadi besar. Dan aku mahu anak-anak aku tahu, yang semangat atuk mereka sentiasa ada bersama aku.
 
Semangat untuk menentang ketidakadilan dan kezaliman, yang sewajibnya ada pada setiap jiwa. Ianya tidak memerlukan pertubuhan. Segalanya berada dalam diri sendiri.
 
Ramai manusia yang berada di persimpanga untuk memilih antara yang salah dan benar. Tapi tahukah kamu ramai yang memilih jalan yang salah? Kamu tahu kenapa? Kerana jalan yang tidak benar itu penuh dengan 1001 keindahan, tidak seperti  jalan yang benar, yang  terlalu sukar. Banyak ranjau dan liku-likunya.
 
Kita mungkin tewas di dalam satu-satu pertempuran menuju kebenaran, tapi perperangan yang sebenarnya ialah mempertahankan jiwa kita dari tersungkur kerana berada di jalan yang salah, kerana tidak ada yang lebih teruk dari jiwa yang tidak mampu untuk bangun-bangun lagi. Untuk kita menjadikan jiwa kita berdiri dengan megahnya, itulah kemenagan yang sebenar.
 
Ingatlah anak-anakku, sentiasalah hidup dengan jiwa yang merdeka!!
 
 

No comments:

Post a Comment