Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut, serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang menggembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu -
Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama) mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah pertunjuk oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna
Az-Zumar : 17-18
Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan penganalisa komputer, ada kalanya aku menganggap hidupi ni seperti rangkaian what, if, then, satatement dalam sesebuah program.
Setiap arahan yang kita buat mempunyai kesan, dan kesan itu haruslah seperti yang kita inginkan untuk mencapai matlamat akhir sesebuah program. Kalau kita tersalah arahan, kita tidak mungkin akan mendapat matlamat yang diinginkan, dan kita harus bermula semula.
Kalaulah hidup semudah itu, dengan hanya menulis semula.
Setiap kali apabila kita membuka mata, kita tidak akan terlepas dari membuat pilihan.
Si Ibu akan sentiasa memilih masakan apakah yang akan dihidangkan untuk anak-anak hari ini. Si bapa akan sentiasa memilih apa yang harus dipakai untuk ke pejabat hari ini.
Sementara si kaya tidak dapat memilih cincin mana yang harus disarungkan, beg tangan mana yang harus di pakai, kereta apa yang harus dipandu, si miskin harus memilih apa untuk dikais pagi ini, untuk terus hidup hingga ke petang.
Si penguasa memilih untuk menipu dan menzalimi rakyat demi untuk kepentingan diri dan untuk terus berkuasa. Sementara si rakyat memilih untuk membiarkan segala ketiadakadilan dan terus menerimanya walaupun pilihan lain untuk menolaknya terbentang luas.
Ibu segala pilihan ialah, hidup bagaimanakah yang kita ingin bila hidup kita berakhir. Ianya adalah rangkaian pilihan-pilihan yang kita ambil untuk menuju ke situ. Kadang kala ianya tidak mudah. Memerlukan pengorbanan. Ada harga yang perlu dibayar. Dengan harta benda, keringat, air mata.
Pilihan yang benar hanya boleh kita buat dengan menggunakan ilmu pengetahuan, akal dan petunjukNYA.
Seperti juga kita boleh memprogramkan semula EPROM atau membina semula ASIC, kita masih ada peluang untuk memperbetulakan pilihan kita yang salah, selagi kita belum menutupkan mata, sebab bila nafas kita terhenti, kita sudah tidak boleh berpatah balik, selama-lamanya.

No comments:
Post a Comment