Ada apa pada nilai sepasang kasut?
1990, aku memulakan kerjaya sebagai Microfilm Operator di sebuah syarikat minyak yang terkenal, ketika ramai kawan-kawan aku memilih untuk bersama firma-firma perbankan.
Aku masih ingat lagi, aku menerima gaji mingguan secara tunai. Dan ketika kawan-kawan aku keputusan wang setiap hujung bulan, aku tak pernah mengalami itu.
Kami agak mengikuti fesyen pada zaman itu. Aku banyak membaca majalah GQ yang dibeli oleh kawan-kawan serumah. Dari situlah aku pertama kali melihat kasut Dr. Marteen dan terus jatuh cinta. Dan dengan gaji pertama akulah aku membelinya.
Ketika itu ramai yang mengutuk disebabkan kasut Doc Martens ini lebih seperti kasut yang di pakai di bengek-bengkel dan memang begitulah bagaimana asalnya kasut ini di reka. Tapi tak beberapa lama kemudian ianya menjadi ikutan kawan-kawan aku.
Ah, the great follower
No comments:
Post a Comment