Kredit untuk Zango
Membesar dengan siri television The Walton, Little House on The Praire, Andy Grifith Show banyak mendedahkan aku dengan fly fishing. Mungkin terlalu banyak persamaan dengan cara yang aku gunakan di zaman kanak-kanak dan remaja.Boleh dikatakan sungai sudah menjadi sebahagian dari aku. Sungai Pagoh hanyalah beberapa langkah sahaja dari rumah aku. Bila aku rasa ingin menikmati ikan sungai, berbekalkan joran “pepas” berumpankan anak dan telur kerengga berbagai jenis ikan akan ku naikkan. Terbul, temperas, lais, baung,tengalan. Kail "pepas" aku hanya sebatang dahan, sampai sekarang aku tak tahu apakah nama pokok itu, dan diikat hujungnya dengan tali tangsi yang agak nipis. Selalunya aku akan menggunakan anak kerengga sebagai umpan. Bila dilayangkan talinya, anak kerengga akan jatuh terapung seolah-olah jatuh dari atas pokok, dan aku hanya menunggu sambaran ikan. Anak kerengga ini sangat disukai oleh ikan lais yang merupakan ikan kesukaan aku. Umpan yang aku ikat untuk menyerupai anak kerengga ialah Elk Hair Caddis iaitu sejenis dry fly.
Ataupun aku akan menggunakan cacing dan di ikat dengan pelampung untuk memancing terbul, temperas, seluang dan ikan sengat.
Ada sesuatu tentang fly fishing yang sukar di fahami oleh sesetengah orang. Seni yang datang bersamanya. Bagaimana tali di layangkan, umpan diikat, cara mempersembahkan unpan. Ianya bukan hanya untuk mendapat ikan, tapi lebih dari itu. Bagimana mengajak kita melihat alam persekitaran ciptaan Allah, persahabatan yang dijalin. Tentang masa silam, kisah suka, duka, wajah-wajah kegembiraan. Semuanaya seperti sebati bersama.
https://www.facebook.com/groups/johorflyrodders/
ReplyDelete