Sunday, 19 May 2013

Bagi Yang Mahu Berfikir

"Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?
Yaasin :62
 
 
Di dalam Al Quran, terdapat banyak ayat-ayat yang menyuruh manusia supaya berfikir, menggunakan akal fikiran, tetapi agak menghairankan terdapat ramai golongan yang menggangap mereka bijak pandai, tetapi gagal untuk berfikir.
 
Aku masih ingat lagi ketika runtuhan World Trade Center di New York pada tahun 11 September, 2001, aku berada di Hong Kong. Aku masih berkerja dengan sebuah syarikat antarabangsa yang berpengakalan di Silicon Valley, Amerika. Sejak itu, bermulalah siri-siri yang tidak menyenangkan setiap kali aku menjejakkan kaki ke lapangan terbang beberapa buah bandaraya dunia.
 
Seluruh bagasi aku pernah di selongkar di lapangan terbang Sydney dan San Francisco. Mereka menanggalkan talipinggang, stokin, kasut di bilik khas di Hong Kong. Terpaksa menunggu selam 2 jam beratur di lapangan terbang Amsterdam untuk menaiki pesawat seterus nya ke London, dengan banyak mata yang memerhati dengan penuh prajudis dan beberap lagi keadaan yang tidak meyenangkan yang aku alami. 
 
Semuanya kerana aku dilahirkan sebagai seorang Islam.
 
Tetapi sebenarnya kejadian September 11 itulah yang menjadikan penigkatan kepada umat Islam seluruh dunia. Orang-orang bukan Islam, disebabkan rasa ingin tahu mereka mula mengkaji tentang Islam. benarkah Islam itu seteruk seperti apa yang sering dimomokkan oleh media dunia.
 
Bila kita benar-benar ingin mencari kebenaran dan kita berusaha ke arah itu, kita pasti akan menemukannya.
 
Seperti pilihanraya di negara kita, didakwa dicemari dengan berbagai bentuk penipuan, dan berbagai bukti ditunjukkan untuk mengesahkan segala penipuan bagi mereka yang membuat dakwaan.
 
Tetapi bagi yang tidak mempercayai segala penipuan, apa yang mereka lakukan? Mereka cuma berkata, "Mana ada penipuan?", "Tidak dapat menerima kekalahan", "Sistem yang paling bersih" dan bermacam ungkapan-ungkapan untuk menidakkan segala penipuan. Adakah mereka benar-benar tahu sistem piliharaya di negara kita? Tidak!!. Sebenarnya mereka tidak tahu apa-apa pun.
 
Bagaimanakah process pengundian, pengiraan undi, bilakah pengundian semuladi lakukan, dimanakah process pengundian di buat, apa itu PACABA, PACA, KTM, untuk apa borang 14, borang 11 di gunakan, apa itu seksyen 9A, bagaimana undi rosak, siapakah pengundi awal dan undi pos.... dan berbagai-bagai lagi yang tidak mereka ketahui.
 
Mereka-mereka yang tidak mahu berfikir ini mungkin kerana tidak mahu membebankan otak dengan ini semua ataupun merasakan bukan kerja mereka ataupun memang tidak ingin tahu.
 
Bukankah kita patut tahu semua ini sebelum kita megiyakan atau menidakkan segala penipuan yang di dakwa?
 
Bagi yang mahu berfikir, inilah yang sepatutnya mereka lakukan, dan aku bersyukur kerana aku termasuk dalam golongan ini.


No comments:

Post a Comment