Thursday, 11 April 2013

Keluar Dari Kepompong

Kali terakhir aku meghadiri temuduga, CEO syarikat yang menemuduga aku meyuarakan kerisaunnya disebabkan aku selalu sangat bertukar kerja. Memang aku akui hampir tidak dapat meingati berapa syarikat yang aku pernah bekerja. Aku terpaksa menyusun semula resume aku supaya tidak kelihatan terlalu banyak. Aku tak salahkan CEO syarikat itu, tapi aku rasa dia tidak melihat dari sudut yang lain.

Pada permulaan kerjaya aku, agak sukar untuk kekal dengan satu syarikat untuk satu jangka masa yang lama. Setiap kali semacam ada sesuatu yang tidak lengkap. Aku tidak mendapatkan satu kepuasan dalam diri aku. Dalam satu atau dua tahun aku akan berpindah ke syarikat yang lain dengan harapan untuk mengisi kekosongan itu.

Agak lama juga untuk aku mendapatkan jawapan kekosongan yang aku cari, kerana selepas aku menjumpai yang benar-benar memberikan aku kepuasan, aku masih berkira-kira untuk berpindah ke tempat yang lain. Sebenarnya aku takut untuk berada di "zon selesa" terlalu lama, sebab sekali aku membiarkan diri aku berada di situ untuk satu tempoh yang lama, agak sukar untuk aku mengeluarkan diri aku dari situ. Rupa-rupanya itulah kuncinya.

Setelah tamat pengajian aku, sementara aku telah berpindah dari satu syarikat ke satu syarikat, ada kawan-kawan aku yang masih bekerja dengan syarikat yang sama sampai sekarang. Mungkin tiap-tiap orang ada perancangan hidup masing-masing dan bukan tujuan aku nak mempersoalkan itu.

Banyak terdapat ayat-ayat Al Quran yang memperkatakan tentang "mengembara" supaya kita dapat mengambil pengajaran. Bila kita duduk dalam satu "kepompong" tanpa melihat dunia luar, kita cenderung untuk melihat dari pandangan kita yang sangat terhad. Susah untuk membuat perbandingan dan penilian yang betul. Pepatah Inggeris ada menyebut "the grass always greener on the other side". 

"Rumput akan sentiasa kelihatan hijau di seberang sana" inilah yang selalu di jadikan justifikasi untuk tidak keluar dari "zon selesa" kita. Apakah yang kita lakukan untuk memastikan rumput itu benar-benar hijau?. Adakah dengar sekadar anggapan sahaja? Selalunya begitu. Dari jauh semunya kelihatan baik-baik sahaja, tapi hakikat sebenarnya, jauh dari kebenarannya. Tapi betulkah begitu?. Kita tidak berusaha satu apa pun untuk memastikannya.

Rezeki Allah berikan ada dalam berbagi bentuk. Tidak selalunya dalam bentuk kebendaan. Kesihatan, masa lapang juga merupakan rezeki Allah. Bagi aku menjejakkan kaki boleh dikatakan ke banyak tempat, terutama negara-negara maju disebabkan kerja yang aku lakukan, adalah rezeki yang Allah kurniakan kepada aku. Aku pernah bekerja di beberapa negara luar. Ada juga tempat yang lebih teruk dari sini. Ramai kenalan-kenalan aku daripada negara-negara luar. Aku mempunyai beberapa circle of friends dari syarikat-syarikat yang aku pernah bekerja. Aku rasa ini membolehkan aku melihat dunia dengan pandangan yang lebih luas. Ianya banyak menolong aku untuk membuat pilihan dalam hidup dan melihat tentang kebenaran. Aku bersyukur pada Allah kerana menganugerahkan aku rezeki ini.

Sesetengah orang akan merasakan bahawa tiada banyak pilihan dalam hidup dan mereka akan merasa terbelengu dengan satu-satunya pilihan yang mereka ada. Aku akan katakan pada mereka, aku pernah berada si situ. Tapi cuba lihat di ufuk yang tidak bertepi itu, bahawa ada dunia lain sedang menanti kita di luar sana. Terokailah ia. Percayalah, aku pernah ke sana

No comments:

Post a Comment