Tuesday, 16 April 2013

Ini Undang-undang Sangat Bagus...

Aku masih ingat masa di kampung dulu. di sebabkan cuma ada saluran 1 dan 2 sahaja rancangan TV, kami akan selalu menumpang melihat siaran TV Singapura di rumah cina dekat-dekat denagn rumah aku. Orang-orang cina akan menggunakan antena dan boster yang tinggi untuk membolehkan mendapat siaran TV Singapura. Kami akan selalu melihat "Stempede Wresting". Itu zaman gusti menjadi kegilaan. Kemudaia barulah datang WWF.

Selalunya pengusti-pengusti yang "jahat" akan selalu main kotor, lebih-lebih lagi "tag team". Pengadil akan selalu kelihatan menyebelahi pengusti-pengusti "jahat". Memang geram betul bila mengingatkannya.

Nama hilang dari senarai
Satu alamat sampai berbelas orang
Nama dipindahkan
Butir-butir tak lengkap
Orang asing

Dan "pengadil" ini boleh mucul dalam television berlatar belakangkan Islam dan mengatakan ini semua tidak benar, melainkan fitnah belaka.

Aku pun tidak pasti untuk memberikan reaksi bagaimana. Kalaulah ditakdir akan dimatikan masa itu, disebabkan mengalamai sakit jantung akibat darah tinggi, aku rasa aku akan tuntut di akhirat, di masa mulut tak boleh berkata-kata.

Sudah 2 kali pilihanraya aku dan isteri mengundi di Parlimen Titiwangsa, sebabnya kami mengunakan alamat dan kad pengenalan yang sama. Tapi untuk kali ini bila kami memeriksa daftar pemilih, aku di pindahkan ke Pandan dan isteri aku kekal di Titiwangsa.

Cuba dengar sini. Sudah agak lama aku tak menggunakan bahasa orang Pagoh ni.

Akenanya engkape? Suka mak bapak engko aje nak pindahkan aku. Aku boleh tunjukkan buktinya, tapi mbuatnya? Kalau ada bukti pun, mahkamah tak boleh buat apa-apa punya. Adake matutnya aku buat satu undang-undang, bila aku ngebas barang engko, mahkamah tak boleh buat apa-apa. Aje le bigor ngkape endek. Tak palang le. Engkapa ingat IC aku orang Johor, engko tukaokan aku ke Selangor, nak bagi pangkah parti engko. Engko ingat semua orang Pagoh, Muo, Johor bebal-bebal, rupa ketotol semuanya ke.

Ini undang-undang sangat bagus... nama dia undang-undang kepala *&%^& engko!!!!

No comments:

Post a Comment