Siapakah yang lebih baik antara kita?
Adolf Hitler mengangap Bangsa Aryan satu-satu bangsa yang patut memerintah dunia. Dengan fahaman inilah berjuta-juta bangsa Yahudi dihapuskan dari Jerman.
Afrikaner menjadikan bangsa kulit hitam sebagai hamba abdi, dasar Apartheid bercambah dari situ. Sama seperti perhambaan di Amerika dahulu.
Bangsa Yahudi percaya merekalah sebagai pilihan Tuhan.
Bangsa Turki dengan kepercayaan bahawa Turki hanya untuk orang Turki, telah menjatuhakan Khalifah Uthmaniah.
Melihatkan sejarah-sejarah ini, kita sering mengutuk keras fahaman ke"bangsa"an sebegini.
Tapi tunggu dulu.
Bangsa Melayu percaya, oleh kerana dahulu negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu, bangsa lain harus berada di bawah, mereka semua pendatang.
Bangsa China percaya oleh kerana mereka menguasi ekonomi, mereka lebih baik dari yang lain. jangan beri peluang kepada bangsa Melayu.
Bangsa India juga tidak akan memberi peluang kepada bangsa China dan Melayu.
Jadi apakah bezanya kita dengan mereka?
Di saat "hamba abdi" menjadi Presiden Amerika, kita masih tidak berubah.
No comments:
Post a Comment