Siapa yang kita pilih adalah merupakan rahsia. Kita boleh memilih Roket, Bulan, Mata, Bunga, Gajah, tapi yang satu ini, bukanlah pilihan aku. Aku akan beritahu kenapa.
Bagi aku gambar itu merupakan penghinaan kepada pemiliknya sendiri. Bagaimana mereka boleh menggunakannya sedangkan mereka hidup di atas ketidakadilan. kezaliman, penindasan, penipuan, fitnah, adu domba, terlalu panjang senarainya. Tak perlu aku gariskan setiap inci apa yang mereka lakukan. Aku rasa aku sudah cukup berakal untuk menilainya, dan yang lain seharusnya begitu.
Aku pernah hidup di dalam menerima pakai apa yang mereka hidangkan kepada aku, sehingga aku rasakan ada satu yang tidak kena. Tiba waktunya dalam hidup, kita berkata, cukup.
Aku ingin menjadi orang yang bebas. Berubah kepada yang lebih baik. Bukankan semua orang mendambakan itu?
Untuk ditipu sekian lama adalah sesuatu yang sangat bodoh dan aku tidak mahu lagi menjadi orang-orang yang gagal melihat akan kebenaran dan merupakan penghinaan kepada diri aku sendiri kerana gagal menggunakan akal pemberianNYA.
Aku tak mahu anak-anak dan keturunan aku menyalahkan aku kerana tidak berbuat apa-apa kerana aku sesungguhnya sedar yang aku bertanggungjawab di atas segala pilihan yang aku buat dan dipersoalkan nanti di hadapanNYA.
Aku telah beritahu siapa yang aku tidak akan pilih, jadi pilihan aku masih lagi rahsia bukan?
...tunggu lah org pagoh....bila dah terjadi nanti jangan nyesal....
ReplyDeletesemoga ALLAH lindungi bumi malaysia ini...